Thursday, May 20, 2010
Bagi sesiapa yang tidak tahu meh aku terangkan pasai pisang. Pisang bukan setakat kaya dengan vitamin2nya serta memberikan tenaga dengan segera malah kulit pisang juga banyak manfaatnya.
Di sini aku akan kongsikan beberapa manfaat kegunaan kulit pisang :
- Gigitan Nyamuk
Caranya iaitu sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
- Ingin Kilatkan Kasut
Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kpd kasut anda, kemudian kilatkan dgn kain kering. Mudahkan.
- Merawat Kulit Bermasalah
Petua orang lama kata kalau nak merawat kulit bermasalah seperti jerawat, kudis, parut, kurap dsb, ambil sekeping kulit pisang tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yg ingin dirawat. Bagi cara aku gosok terus ja kat muka yang ada jerawat atau parut. Biar sampai esok terus basuh muka. Selalunya malam la aku bt sebab time 2 free.
p/s : Jangan sesekali menyimpan pisang dlm peti sejuk kerana sebatian polifenal yang menukarkan warna hitam pisang akan terhasil. Ini kerana suhu sejuk yang bukan suhu tropika pisang boleh membunuh sel permukaan pada kulit pisang.
Namun jangan risau kalau takut tengok keadaan kulit pisang tetap elok walaupun kulitnya berubah hitam
Labels: Petua Buah2an
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)