Thursday, May 20, 2010
Bagi sesiapa yang tidak tahu meh aku terangkan pasai pisang. Pisang bukan setakat kaya dengan vitamin2nya serta memberikan tenaga dengan segera malah kulit pisang juga banyak manfaatnya.
Di sini aku akan kongsikan beberapa manfaat kegunaan kulit pisang :
- Gigitan Nyamuk
Caranya iaitu sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
- Ingin Kilatkan Kasut
Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kpd kasut anda, kemudian kilatkan dgn kain kering. Mudahkan.
- Merawat Kulit Bermasalah
Petua orang lama kata kalau nak merawat kulit bermasalah seperti jerawat, kudis, parut, kurap dsb, ambil sekeping kulit pisang tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yg ingin dirawat. Bagi cara aku gosok terus ja kat muka yang ada jerawat atau parut. Biar sampai esok terus basuh muka. Selalunya malam la aku bt sebab time 2 free.
p/s : Jangan sesekali menyimpan pisang dlm peti sejuk kerana sebatian polifenal yang menukarkan warna hitam pisang akan terhasil. Ini kerana suhu sejuk yang bukan suhu tropika pisang boleh membunuh sel permukaan pada kulit pisang.
Namun jangan risau kalau takut tengok keadaan kulit pisang tetap elok walaupun kulitnya berubah hitam
Labels: Petua Buah2an
Tuesday, May 18, 2010
PISANG!!!! Walaupun aku tak berminat dgn pisang namun, pisang mempunyai khasiat yg tinggi.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yg digabungkan dgn gentian.
Kajian yg telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tak hairanlah pisang dijadikan buah utama kpd atlit terkenal dunia krn memberikan tenaga kpd manusia dgn kadar segera dan berterusan.
Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit seperti :
1. Tekanan Jiwa
- Survey terbaru oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa kebanyakan mereka kembali pulih selepas memakan pisang . Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yg bertukar kpd serotonin dlm tubuh manusia yg menyebabkan kita tenang, megembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
2. Anemia
- Kandugan zat besi yg tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dlm darah, yg secara tak langsung membantu dlm kes-kes anemia.
3. Tekanan Darah Tinggi
- Kandungan kadar potassium yg tinggi dan rendah garam, menjadikannya sempurna utk menstabilkan tekanan darah.
4. Penghadaman
- Gentian tinggi, jadikan pisang sbg diet seharian anda dan membantu menstabilkan tindakan penghadaman usus kecil dan besar.
5. Keletihan
- Salah satu cara terbaik utk mengurangkan keletihan ialah dgn membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dgn bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yg berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
6. Panas Jantung
- Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dlm badan. Jika kita menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang utk pemulihan yg baik.
7. Demam Pagi
- Jadikan pisang sbg snek setiap hari utk membantu memelihara kadar gula dlm darah utk mengelakkan demam pagi.
8. Saraf
- Kadar vitamin B yg tinggi dapat membantu menenangkan sistem saraf
9. Obesiti Dan Tekanan Kerja
- Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kpd pengambilan makanan spt coklat & kerepek. Berdasarkan 5000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dlm darah dgn mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk mengekalkan kadar yg stabil.
10. Ulser
- Pisang amat baik dlm pencegahan ulser kerana is bersifat lembut & tdk mencederakan organ dalaman. Ia juga bertindak sbg peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dgn bertindak menyaluti lapisan dinding perut.
11. Kawalan Emosi
- Ramai yg percaya bahawa dgn memakan pisang, ia dpt menurunkan suhu kedua-dua fizikal & emosi kpd ibu-ibu megandung. Cth : Thailand - ibu mengandung mengambil pisang utk memastikan bayi yg dilahirkan itu menjadi seorang yg penyabar (cool).
12. Seasonal Affective Disorder (SAD)
- Penyakit ini merupakan simptom yg terjadi akibat drp kurangnya pendedahan kpd cahaya matahari. Pisang dpt membantu pesakit ini krn ia mengandungi tryptophan semula jadi yg membaik pulih mood kita.
13. Ketagiahn Rokok & Tembakau
- Pisang dpt membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yg terdapat dlm pisang, ia dpt membantu tubuh kita dlm membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh.
14. Stres
- Potassium merupakan bhn mineral vital, yg membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kpd otak dan mengimbangi kandungan air dlm tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisme meningkat, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dpt diimbangi semula dgn bantuan snek pisang yg tinggi potassium.
15. Strok
- mengikut kajian dlm buku ''The New England Journal of Medicine'', memakan pisang sbg diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%.
16. Lain-lain Penyakit Kulit
- Pegamal perubatan semula jadi (alternatif) berpendapat, utk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dsb, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dlm kulit pisang itu pd tempat yg ingin dirawat dgn menggunakan plaster luka biasa/ plaster bedah.
- Jadi pisang memang merupakan ubat semula jadi kpd banyak penyakit. Jika dibandingkan dgn epal, pisang mempunyai 4x ganda kandungan protein, 2x karbohidrat, 3x fosforus, 5x vitamin A dan zat besi, & 2x vitamin dan mineral lain.
Jadi mungkin inilah masa utk berubah kpd kata yg biasa disebut-sebut, sebiji pisang sehari dpt menjarakkan kita dgn doktor!
Sumber : Harian Metro
Labels: Khasiat Buah2an
Subscribe to:
Posts (Atom)