Wednesday, June 2, 2010

        Jika anda seorang yang mementingkan kecantikan, pasti anda tahu tentang kehebatan minyak zaitun. Ia sangat baik untuk melembapkan dan meremajakan kulit, mencegah proses penuaan dan menentang radikal bebas.

        Terdapat dua jenis minyak zaitun untuk kecantikan iaitu minyak zaitun tulen dan minyak zaitun campuran. Minyak zaitun tulen biasanya mudah didapati di pusat-pusat rawatan yang menyediakan khidmat aromaterapi.

       Minyak zaitun campuran biasanya sudah bercampur dengan bahan-bahan yang lain dan seringkali diguna pakai dalam pembuatan losyen, syampu, skrub badan, pembersih wajah dan juga 'body mist'.

        Untuk rawatan kecantikan, selain daripada mendapatkan produk yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun yang digunakan dalam masakan. Caranya, hanya mencampurkan minyak tersebut ke dalam masker, syampu atau pelembap kulit yang ingin digunakan.

Di antara kebaikan minyak ini ialah :

  • Rambut lebih sihat
        Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, ia mampu memberi kelembapan ekstra pada helaian rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.

        Selain daripada menggunakan syampu dan perapi yang berasaskan minyak zaitun, anda boleh menggunakan minyak zaitun 'extra virgin' untuk perawatan rambut di rumah.
Caranya : 1. Sapukan minyak zaitun pada akar dan helaian rambut yang kering dan lakukan urutan ringan selama 5 minit pada seluruh bahagian kepala untuk membantu minyak meresap dengan mudah.
                 2. Bungkus rambut dengan menggunakan tuala yang di basahkan dengan air panas dan biarkan selama 20 minit.
                 3. Bilas rambut dengan syampu.
        Untuk mengelak rambut daripada rosak akibat penggunaan pengering rambut, sapukan minyak zaitun pada helaian rambut sebelum mengeringkan rambut.

  • Payudara Lebih Anjal
        Khasiat antikedut minyak zaitun dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaanya disertai dengan urutan payudara yang khusus.
Caranya : 1. Oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit
                 2. Tutup payudara dengan tuala yang dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit.
Untuk rawatan insentif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.
  • Kulit Tubuh Lebih Anjal
        Sekiranya ia dicampur ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan kelihatan lebih berseri-seri. 'Polyphenols' yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan minyak panas/suam dipercayai dapat mebersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan. 

Caranya : Campurkan minyak zaitun dengan minyak 'essential' yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit.

        Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan kelihatan lebih remaja, sihat dan bercahaya.
  • Melembutkan Kulit Kaki & Tangan
        Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaanya harus disertai dengan pemakaian 'loofah' atau berus kaki agar menyingkirkan sel kulit mati lebih berkesan.

        Cara alternatif, anda boleh mencampurkan minyak zaitun dengan gula putih sebagai peganti skrub. Gosokkan pada bahagian kulit yang kasar dan menebal seperti siku, lutut, dan tapak kaki. lakukan setiap hari agar hasilnya memuaskan.

        Untuk mendapat kuku yang kuat, titiskan minyak zaitun pada air suam dan rendam tangan selama 10 minit. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini seminggu sekali. Selain daripada melembapkan kulit di sekitar kuku, rawatan ini amat baik untuk mencegah terjadinya kutikel kuku.
  • Mencegah Kedutan Wajah
        'Polyphenols' dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan 'polyphenols' ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi juga sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.

      
 Penggunaan produk kecantikan berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri. Minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunkan solekan tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap. 

  
   


Thursday, May 20, 2010

Bagi sesiapa yang tidak tahu meh aku terangkan pasai pisang. Pisang bukan setakat kaya dengan vitamin2nya serta memberikan tenaga dengan segera malah kulit pisang juga banyak manfaatnya.

Di sini aku akan kongsikan beberapa manfaat kegunaan kulit pisang :
  • Gigitan Nyamuk
Caranya iaitu sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

  • Ingin Kilatkan Kasut
Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kpd kasut anda, kemudian kilatkan dgn kain kering. Mudahkan.

  • Merawat Kulit Bermasalah
Petua orang lama kata kalau nak merawat kulit bermasalah seperti jerawat, kudis, parut, kurap dsb, ambil sekeping kulit pisang tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yg ingin dirawat. Bagi cara aku gosok terus ja kat muka yang ada jerawat atau parut. Biar sampai esok terus basuh muka. Selalunya malam la aku bt sebab time 2 free.


p/s : Jangan sesekali menyimpan pisang dlm peti sejuk kerana sebatian polifenal yang menukarkan warna hitam  pisang akan terhasil. Ini kerana suhu sejuk yang bukan suhu tropika pisang boleh membunuh sel permukaan pada kulit pisang.

Namun jangan risau kalau takut tengok keadaan kulit pisang tetap elok walaupun kulitnya berubah hitam

Tuesday, May 18, 2010




PISANG!!!! Walaupun aku tak berminat dgn pisang namun, pisang mempunyai khasiat yg tinggi.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yg digabungkan dgn gentian.

Kajian yg telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tak hairanlah pisang dijadikan buah utama kpd atlit terkenal dunia krn memberikan tenaga kpd manusia dgn kadar segera dan berterusan.

Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit seperti :

1. Tekanan Jiwa
  • Survey terbaru oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa kebanyakan mereka kembali pulih selepas memakan pisang . Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yg bertukar kpd serotonin dlm tubuh manusia yg menyebabkan kita tenang, megembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
2. Anemia
  • Kandugan zat besi yg tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dlm darah, yg secara tak langsung membantu dlm kes-kes anemia.
3. Tekanan Darah Tinggi
  • Kandungan kadar potassium yg tinggi dan rendah garam, menjadikannya sempurna utk menstabilkan tekanan darah.
4. Penghadaman
  • Gentian tinggi, jadikan pisang sbg diet seharian anda dan membantu menstabilkan tindakan penghadaman usus kecil dan besar.
5. Keletihan
  • Salah satu cara terbaik utk mengurangkan keletihan ialah dgn membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dgn bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yg berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
6. Panas Jantung
  • Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dlm badan. Jika kita menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang utk pemulihan yg baik.
7. Demam Pagi
  • Jadikan pisang sbg snek setiap hari utk membantu memelihara kadar gula dlm darah utk mengelakkan demam pagi.
8. Saraf
  • Kadar vitamin B yg tinggi dapat membantu menenangkan sistem saraf
9. Obesiti Dan Tekanan Kerja
  • Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kpd pengambilan makanan spt coklat & kerepek. Berdasarkan 5000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dlm darah dgn mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk mengekalkan kadar yg stabil.
10. Ulser
  •  Pisang amat baik dlm pencegahan ulser kerana is bersifat lembut & tdk mencederakan organ dalaman. Ia juga bertindak sbg peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dgn bertindak menyaluti lapisan dinding perut.
11. Kawalan Emosi
  • Ramai yg percaya bahawa dgn memakan pisang, ia dpt menurunkan suhu kedua-dua fizikal & emosi kpd ibu-ibu megandung. Cth : Thailand - ibu mengandung mengambil pisang utk memastikan bayi yg dilahirkan itu menjadi seorang yg penyabar (cool).
12. Seasonal Affective Disorder (SAD)
  • Penyakit ini merupakan simptom yg terjadi akibat drp kurangnya pendedahan kpd cahaya matahari. Pisang dpt membantu pesakit ini krn ia mengandungi tryptophan semula jadi yg membaik pulih mood kita.
13. Ketagiahn Rokok & Tembakau
  • Pisang dpt membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yg terdapat dlm pisang, ia dpt membantu tubuh kita dlm membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh.
14. Stres
  • Potassium merupakan bhn mineral vital, yg membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kpd otak dan mengimbangi kandungan air dlm tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisme meningkat, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dpt diimbangi semula dgn bantuan snek pisang yg tinggi potassium.
15. Strok
  • mengikut kajian dlm buku ''The New England Journal of Medicine'', memakan pisang sbg diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%.
16. Lain-lain Penyakit Kulit
  • Pegamal perubatan semula jadi (alternatif) berpendapat, utk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dsb, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dlm kulit pisang itu pd tempat yg ingin dirawat dgn menggunakan plaster luka biasa/ plaster bedah.
  • Jadi pisang memang merupakan ubat semula jadi kpd banyak penyakit. Jika dibandingkan dgn epal, pisang mempunyai 4x ganda kandungan protein, 2x karbohidrat, 3x fosforus, 5x vitamin A dan zat besi, & 2x vitamin dan mineral lain.
Jadi mungkin inilah masa utk berubah kpd kata yg biasa disebut-sebut, sebiji pisang sehari dpt menjarakkan kita dgn doktor!

Sumber : Harian Metro