Wednesday, June 2, 2010
Terdapat dua jenis minyak zaitun untuk kecantikan iaitu minyak zaitun tulen dan minyak zaitun campuran. Minyak zaitun tulen biasanya mudah didapati di pusat-pusat rawatan yang menyediakan khidmat aromaterapi.
Minyak zaitun campuran biasanya sudah bercampur dengan bahan-bahan yang lain dan seringkali diguna pakai dalam pembuatan losyen, syampu, skrub badan, pembersih wajah dan juga 'body mist'.
Untuk rawatan kecantikan, selain daripada mendapatkan produk yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun yang digunakan dalam masakan. Caranya, hanya mencampurkan minyak tersebut ke dalam masker, syampu atau pelembap kulit yang ingin digunakan.
Rambut lebih sihat
Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, ia mampu memberi kelembapan ekstra pada helaian rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.
Selain daripada menggunakan syampu dan perapi yang berasaskan minyak zaitun, anda boleh menggunakan minyak zaitun 'extra virgin' untuk perawatan rambut di rumah.
Caranya : 1. Sapukan minyak zaitun pada akar dan helaian rambut yang kering dan lakukan urutan ringan selama 5 minit pada seluruh bahagian kepala untuk membantu minyak meresap dengan mudah.
2. Bungkus rambut dengan menggunakan tuala yang di basahkan dengan air panas dan biarkan selama 20 minit.
3. Bilas rambut dengan syampu.
Untuk mengelak rambut daripada rosak akibat penggunaan pengering rambut, sapukan minyak zaitun pada helaian rambut sebelum mengeringkan rambut.
Payudara Lebih Anjal
Khasiat antikedut minyak zaitun dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaanya disertai dengan urutan payudara yang khusus.
Caranya : 1. Oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit
2. Tutup payudara dengan tuala yang dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit.
Untuk rawatan insentif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.
- Kulit Tubuh Lebih Anjal
Sekiranya ia dicampur ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan kelihatan lebih berseri-seri. 'Polyphenols' yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan minyak panas/suam dipercayai dapat mebersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.
Caranya : Campurkan minyak zaitun dengan minyak 'essential' yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit.
Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan kelihatan lebih remaja, sihat dan bercahaya.
- Melembutkan Kulit Kaki & Tangan
Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaanya harus disertai dengan pemakaian 'loofah' atau berus kaki agar menyingkirkan sel kulit mati lebih berkesan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj09RXiiESdYXx2fOlXshQHJkZLfwCY8Jl7oSoYQW1jojEmA3IP_bF5HhCTz0NDRhyphenhyphen__GKP04SgatjVC7tNxmoyNsSikeHwtp2xR2NVgIgfR8E-3au5F9XlXBHZ114kMr8Kaffs-r2kHHNH/s200/3621695506_a27e01fa3e.jpg)
Untuk mendapat kuku yang kuat, titiskan minyak zaitun pada air suam dan rendam tangan selama 10 minit. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini seminggu sekali. Selain daripada melembapkan kulit di sekitar kuku, rawatan ini amat baik untuk mencegah terjadinya kutikel kuku.
- Mencegah Kedutan Wajah
'Polyphenols' dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan 'polyphenols' ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi juga sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieEVqMDyL-BjQ3BgZeFORbJruaSv1fR4QrmF7Stv3G0CgKvif_bBMODfn0Zqoe5II0WysEKklyB8oFHn3F8UkPVDK7bRIJUHdoi3IxS6ksN2Zriz55xvv5PFo4B55Rhjpc983sajFF_znC/s200/pohonZaitun2.jpg)
Penggunaan produk kecantikan berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri. Minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunkan solekan tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap.
Subscribe to:
Posts (Atom)